Seperti yang kita ketahui, amalan berpantang selepas bersalin kebiasaannya dibuat selama 44 hari tetapi ada juga yang membuatnya selama 100 hari. Bagi pendapat saya berpantang atau tidak adalah pilihan dan kehendak individu. Saya tidak pasti keadaan dan perasaan selepas melahirkan anak secara normal kerana untuk saya yang melahirkan secara pembedahan, saya tidak merasakan perbezaan yang ketara kecuali kadang-kadang sakit di kawasan pembedahan. Kalau ikutkan selera makan, memang tiada beza langsung dan kalau ikutkan hati memang saya nak je makan dan minum seperti biasa. Maklumlah, saya berpantang di rumah sendiri secara berdikari, rajin atau malas saya yang tentukan sendiri dan kalau tak nak buat pun takde siapa yang memarahi.
Berpantang secara sendiri sebenarnya ada buruk dan ada baiknya. Walaubagaimanapun, memandangkan amalan berpantang yang disyorkan adalah untuk kebaikan dan kesihatan ibu di masa akan datang, maka saya cuba juga patuhi mana yang termampu. Mama moden kononnya, jadi amalan-amalan yang dibuat pun hampir semuanya mengikut maklumat yang saya dapat melalui internet dan ada juga yang dipelajari daripada ibu dan mertua saya.
Hari ini adalah hari ke 14 sejak melahirkan Ady. Saya duduk di hospital selama 4 hari, maknanya saya telah berada di rumah selama 10 hari. Amalan berpantang yang saya buat selama tempoh 14 hari ini adalah:
1. Memakai stokin setiap masa untuk mengelakkan kaki sejuk dan masuk angin. Bukan setakat itu saya juga pakai selipar rumah yang saya beli khas untuk tempoh berpantang. Untuk memotivasikan diri supaya rajin pakai, saya beli selipar rumah pink yang fluffy dan comel ;-)
2. Mengamalkan set lepas bersalin Tropical Herbs yang dibeli. Set ni lengkap dengan macam-macam rempah dan sangat sesuai untuk orang yang berpantang secara berdikari macam saya sebab mudah disediakan. Saya paling suka minum teh herba dia (dah habis pun minum semua 10 peket), air mandian herba pun best jugak. Set ni siap dengan param untuk panaskan badan dan pilis untuk menenangkan tapi yang ni leceh sikit sebab kena duduk lebih sejam baru boleh mandi. Kadang-kadang saya skip pakai so ada 10 peket lagi nak kena habiskan. Set ni siap dengan bengkung kain yang ikat-ikat tu. Untuk cesarean, manual tulis bengkung hanya boleh dipakai selepas sebulan tapi makcik husband saya yang kerja nurse kata dah boleh start pakai. Katanya, bengkung ni boleh kawal posture badan dan juga organ-organ dalaman supaya tak beralih jadi saya pun pakailah 2 hari sekali. Ikat pun tak ketat sangat, rempah kat perut pun saya tak pakai lagi.
3. Mandi sekali sahaja sehari dengan air herba dan air panas. Saya start mandi masa saya dah balik rumah iaitu hari ke-5 sebab sebelum tu saya di hospital memang tak boleh mandi lagi sebab plaster pembedahan masih tak dibuka. Lap-lap je boleh, nak buat camana. Saya ada baca amalan berpantang masyarakat cina tak boleh cuci rambut sebulan untuk elakkan sakit sendi. Ada betulnya tu tapi bagi pendapat saya, kesihatan memanglah kena jaga tapi kebersihan diri pun penting juga. Saya tetap cuci rambut tapi selang 2-3 hari mengikut keadaan. Sekarang dahla cuaca panas, mana boleh tahan rambut berminyak.
4. Memakai minyak Yuyi Cap Limau di tapak kaki dan belakang leher selepas mandi. Lepas bersalin kan orang cakap banyak angin dalam badan, lepas tu kat baby pun kita pakaikan minyak Yuyi atau minyak Telon untuk elakkan angin dan kembung perut jadi saya rasa apa salahnya saya pun pakai. Ni amalan yang saya cipta sendirilah.
5. Masa pregnant tidak dinafikan perut kita jadi tak berapa cantik dengan stretchmark, kesan-kesan hitam dan sebagainya. Saya ada baca kalau nak cantikkan kulit perut kena pakai losyen hari-hari so saya pun cubalah nasib. Saya pakai krim Organic Aid setiap kali lepas mandi sebab krim ni banyak vitamin E yang bagus untuk kulit. Sapu dan urut perut secara pusingan. Ni baru berapa hari je pakai... harapnya berkesan.
6. Ibu dan kawan saya ada beritahu tentang air kunyit. Saya cari info dan baru saya tahu minum air kunyit adalah amalan berpantang masyarakat melayu sejak zaman dulu sebab kunyit boleh bantu pengaliran darah dan kecutkan rahim. Air kunyit ni walaupun bagus tapi tak boleh minum banyak sangat sebab takut rahim terlalu kecut. Ikut info yang saya baca katanya minum sekali sahaja dalam tempoh pantang tapi ada juga orang yang minum sehingga 3 kali dalam sepanjang tempoh pantang. Cara-cara buat air kunyit ikut amalan orang dulu ialah ambil sebuku ibu kunyit, buang kulitnya dan layurkan. Tumbuk, ambil patinya dan minum dengan 1/4 cawan air. Saya berjaya buat dan minum air kunyit harini tapi saya blender je. Ada banyak sangat pati kunyit so rasanya nak minum 2 kali lagi selebihnya bolehlah masak apa-apa.
7. Menjaga jenis-jenis makanan yang dimakan. Masa kat hospital menu yang disajikan tak ikut makanan berpantang pun jadi kita kena pandai pilih sendiri. Sampai satu tahap saya siap Google dulu di iPad sama ada sayur yang diorang bagi tu ada dalam senarai boleh makan atau tak sebelum saya makan. Kat sini saya kongsi senarai makanan yang boleh dan tak boleh dimakan:

BOLEH | TIDAK BOLEH | |
AYAM & DAGING |
| |
IKAN Penting: Ikan haruan menyembuhkan luka. Ikan yu membanyakkan susu ibu |
|
|
ULAM ULAMAN Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Jantung pisang membanyakkan susu ibu Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman |
| |
SAYUR-SAYURAN / menjalar, sejuk serta berangin Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu |
| |
BUAH-BUAHAN Penting: Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. |
| |
LAIN-LAIN MAKANAN Asam jawa membantu membuang air besar selain dari menyegarkan tubuh badan |
|
|
AIR Penting: Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah. Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru melahirkan anak. Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim. Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga. Air madu memanaskan badan. |
|
...to be continued
9 comments:
try minum pati ikan haruan. saya dulu minum polleney. and then air gamat. tapi yang perisa oren+madu.
ada orang kata kucai pun boleh banyakkan susu.
saya dulu bengkung pun tak pakai. malas. hahaha. jamu dan herba lepas bersalin sendayu tinggi pun tak habis. nasib beli runcit-runcit. bukan terus 1 set. tu pasal perut tak banyak beza macam org pregnant 3 bulan lepas tu. hihihi.
ingat yang this time nak strict sikit la. sebab jeles tengok member ofis balik-balik dari maternity leave dah kembali ke badan before pregnant. even slimmer than before.
kak,tq for the tips..suka jadual makanan tu,nk copy,save and nk print..sng esk2 leh jd guide.. =)
yatoque,
maybe ko leh refer website ni...ada cara-cara nak berpantang http://bidanbersalin.blogspot.com/search/label/Panduan%20Berpantang . Hopefully tak terlambat n selamat berpantang ya...kim salam kat baby ady :)
Nurul
@qistory: pati tu dah habis dah minum 6 botol. pil ikan haruan pun kite makan gak hari-hari. ituler ingat mmg nak continue mkn gamat healin oren tu plak tapi x beli lagi. perut ni mcm susah je nak kempis... opismet tu deliver normal kot? csec mmg susah nk kempis balik kan?
@yun: haaa mmg berguna jadual tu yun. tapi yun mesti pantang kat umah, mak jaga kan? mudah sket...
@nurul: tq babe ;-)
thanks for the info armouris ;-)
Salam, nak tanya. u used amway's tropical herbs from day 5 onwards ke? i will be undergoing c sect tomorrow and i also bought the tropical herbs. tapi tak sure bile bole start gune amway ni. should i start after 2 weeks lps c sect or from day 5 after bersalin? what did you do? would appreciate it if you could email be at aefa83@gmail.com. Thanks so much.
Sangat berguna jadual makanan time tu..lebih2 lg sy pon tgh berpantang.. boleh juga amalkan suplemen utk cpt sihat n luka sembuh...
Http://happyhealthylifeshop.blogspot.com
assalam..gud info.sy carik info utk member yg baru bersalin :)
done follow u. feel free visit me ye ceriteradarikacamata.blogspot.com
Di kategori "Boleh Dimakan" untuk slot "Ikan" & "Air", berhati-hati dengan kandungan raksa (merkuri) di dalam sesetengah ikan seperti Ikan Yu & kandungan kafein di dlm air kopi & teh.
Post a Comment