Friday, August 5, 2011

:: kerepek popia manis ::

Ok semalam cerita pasal kuih, harini cerita pasal kerepek pulak. Tak tahulah sebenarnya betul ke dalam kategori kerepek, tapi saya tetap panggil kerepek sebab dia krup krup. Ini projek kedua di dapur dan saya buat Rabu kelmarin. Kerepek popia manis yang dibuat dari kulit popia. First time buat jugak dan sebab first time, saya buatlah sikit dulu nak test power takut tak jadi kang membazir pulak. Kalau uols selalu baca blog ni, harap maklumlah saya suka masak dan kongsi resepi yang senang-senang je... almaklumlah takde bakat terpendam sangat kat dapur. Lagi satu, saya ni tak minat baking. Saya lebih prefer masakan atas dapur, even kalau tengok cook show pun kalau dia tunjuk cara buat kek saya kureng minat. Makan kek je saya suka. Anyway, kalau uols rasa Kuih Cara Manis yang saya cerita semalam tu senang, tengok cara buat Kerepek Popia Manis ni pulak yer.

Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Tepung gandum
- Air
- Gula icing
- Minyak masak
- Gunting


Cara-cara:

1. Keluarkan kulit popia dari freezer sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal supaya ia lembut dan gulung setiap helai.

2. Bancuh sedikit tepung dan air menjadi likat untuk dijadikan gam. Tampal hujung setiap gulungan dengan gam ini.

3. Selepas semua gulungan selesai dibuat dan digam, gunting kulit popia kecil-kecil secara menyerong.

4. Goreng dalam minyak panas sehingga kuning keemasan.

5. Toskan kulit popia yang telah digoreng dan biarkan seketika sehingga sejuk. Tabur gula icing dan bolehlah simpan dalam tupperware.

Kerepek ni memang senang sangat untuk dibuat tapi baru saya tahu nak kopek kulit popia sehelai-sehelai tu bukanlah semudah yang disangka. Kena berhati-hati sebab takut terkoyak dan menggulung kulit popia tu pun perlukan kesabaran so perlu spend masa yang lebih sikit. Popia yang dah digoreng tu memang kena pastikan ia sejuk dulu ye baru boleh tabur gula sebab nanti gula akan cair kalau ia masih panas. Untuk pastikan gula icing dapat cover semua bahagian dengan sekata, apa yang saya buat ialah masukkan popia dengan gula dalam tupperware dan goncang. Goncang tu jangan brutal sangat tau, takut kerepek pecah bersepai. Saya takde plastik ziploc, kalau ada rasanya lebih mudah kalau goncang dalam plastik.

Kerepek ni simple tapi memang sedap. Kalau makan satu memang nak makan lagi dan lagi dan lagi sebab dia rangup. Nak buat kuih raya pun boleh jugak so bolehlah uols cuba, try, test pulak yer.

*keywords: resepi popia sira, kerepek kulit popia, popia manis

6 comments:

DaZzlingLilLy said...

senang jer rupanya nak buat...nak try jugak weekend ni projek memasak..

~YUN~ said...

alaa kak,terliur plk orng tgh pntng ni..pntng blh mkn x ek? =)

Juz Call Me Sharz said...

hmmmm...memang suka sangat popia nie... boleh try tuk kueh raya nanti.... =)))

phatgurl said...

Lily - memang senang ya amat. Selama ni dok beli je, tak pernah terfikir nak buat pun. Jom projek kerepek jom! Hehe

Yun - boleh je kot sbb tepung & gula je. Tapi sementara tgh pantang ni bolehla Yun bermanja sikit...mintak sesape buatkan, Yun makan je :-)

Sharz - betul, mmg boleh wat as kuih raya. Saye pun nak wat cenggitu. At least ada something else than cookies.

Nithiakala said...

waaah...i was looking for this recipe...and it's here...:-) i will try it for this year deepavali. My son ate a ot of this when he was in my womb last year deepavali...hehehe...

phatgurl said...

Nithia, this is so easy and if you have siblings or friends who can help the process will be a lot faster because the tedious part would be rolling the popia skin. Good luck!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...