Monday, January 10, 2011

:: anugerah juara lagu suka bikin gempak? ::

Harini mana-mana pergi pun sumorang sibuk cite pasal Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25) yang baru berlangsung malam tadi. Nak ikutkan dah lambat jugakla saye nak sembang pasal AJL ni tapi sebab sibuk sangat kat opis tadi terpaksala tulis dah malam-malam buta sekalipun. Sebab AJL tu event TV3 saye pun memilih untuk tulis entry ni dalam BM. Jarang nih nak tulis BM, tapi sekali sekala tulis dalam bahasa ibunda apa salahnya kan... ihiks. Sumorang pun dah tau keputusan AJL 25 semalam, tapi kalau ada yang masih terlepas bot atau ada 'short term memory loss' mehla saye ingatkan semula:
  • Persembahan terbaik: Faizal Tahir - Hanyut
  • Vokal terbaik: Hafiz AF - Noktah Cinta
  • Tempat Ketiga: Hafiz AF - Noktah Cinta
  • Tempat Kedua: Black & Meet Uncle Hussin - Drama King
  • Tempat Pertama: Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Secara terus-terang, saye hanya tengok persembahan pembukaan dan dua persembahan awal je iaitu nyanyian Yuna dan A.P.I lepas tu terlelap dan tersedar masa Shahir dah pun menyanyi separuh lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Tup tup lepas tengok Shahir kena penampar dengan Nasha Aziz, AJL pulak yang menonton saye tidur...  tapi terima kasih kepada En.Suami sebab kejutkan masa acara penyampaian hadiah, tak melepas la jugak saat-saat penting tu. 

Memandangkan saye pun tak tengok sume persembahan yang menang tu saye relax jerla... sampai part diorang announce tempat pertama AJL 25 iaitu Ana Raffali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku. Errr... boleh tak sesape "tolong ingatkan aku" lagu tu macamana? Serius beb, selama hidup saye tak pernah langsung dengar lagu tu sepenuhnya kecuali masa iklan-iklan promo AJL yang obviously berapa saat je. Semi-final haritu pun tak tengok sangat... tapi kot iye pun takkan lagu tu keluar kat AJL je sebab saye ni tiap-tiap pagi, pergi dan balik keje memang dengar stesen radio BM... still tak pernah dengar lagu tu jugak... Ke sebab saye dengar suriafm, lagu tu keluar kat hotfm jer? Hrmmm... pelik jugaks ek.
Saye kata AJL ni suka bikin gempak sebab benda-benda cenggini lah. Harini kalau baca blog-blog hiburan pun banyak juga yang report kata ramai tak puas hati dengan keputusan tu. Siap ada yang buka fanpage Kami Tidak Setuju Ana Raffali Menang AJL 25 lagik... ekstrem la jugak. Nak ikutkan ini bukan first time AJL dan TV3 buat kontroversi dengan keputusan-keputusan camni. Rasanya hampir setiap tahun kot ada je yang pelik-pelik. Mungkin diorang lebih suka untuk bagi underdogs menang dan mereka boleh cakap ini bukan anugerah lagu popular...  ye paham. Memanglah susah dan tak boleh puaskan hati semua peminat muzik kat Malaysia ni tapi kalau dah berjuta orang tak puas hati apa maksudnya... nak kan publisiti? Biar orang bercerita pasal AJL berhari-hari? Ntahlaaa... 

Papepun keputusan juri adalah muktamad dan segala surat-menyurat mahupun fanpage dan mahupun entry-entry blog tetap tidak akan dilayan. So, udah-udah le sembang pasal AJL 25 ni... mohle sembang hal lain pulak. Kasi canla Ana Raffali enjoy duit RM35,000 yang die menang tu. Tahun depan kita layan AJL 26 plak ye ;-)

2 comments:

Anonymous said...

bukan setakat tak tengok dan tak tahu siapa pun yang menang, malahan tak tahu pun AJL hari ahad tu. siap gi makan-makan kat luar and jalan-jalan lagi. hehehe.

phatgurl said...

itu lagi terbaek...! :-D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...