Tuesday, January 11, 2011

:: fasha the bikini gurl minta maaf ::

Okey okey tetiba terasa layan plak update pasal gossip artis tempatan ni. Actually ni dah bukan gossip lagi sebab dah pun masuk Harian Metro harini. Terima kasih krew breakfast@suriafm - Halim Othman & Zizi sebab selalu bacakan berita menarik setiap 7 pagi. Saye tak rajin baca newspaper so diorang lah antara penyumbang info saye setiap hari.

Anyway, siapa tak kenal Fasha Sandha yang significant dengan suara halus dan imej seksinya. Harini baru keluar cerita pasal Fasha pakai bikini kat Bali masa sambut tahun baru haritu. Dah seminggu pun tapi tak tau kenapa baru harini ceritanya keluar. Papepun, sape nak tengok gambar Fasha tu bolehlah klik link http://www.ohbulan.com/gambar-fasha-sandha-seksi-bikini-di-bali-sambut-tahun-baru/ ni sebab saye malas nak copy paste hot pics tu.

Lagipun niat sebenar saye ialah nak beritahu semua orang yang harini Fasha dah pun minta maaf melalui twitter. Cengginilah ayat maafnya:

@FashaSandha1: Salam utk peminat yang saya kasihi.Ya, memang benar ini gambar saya yg memakai bikini dan kain pario berwarna hijau. Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Gambar ini telah tersebar luar dalam blog2 internet dan menjadi isu selepas sahabat saya Syazwani meletakkan di laman facebook miliknya.Saya amat kesal dengan perbuatan saya. Saya tidak sempurna dan tidak lepas dari melakukan kesilapan.Pls accept my apology.Thank You.

So maafkanlah Fasha yer... lagipun dia pernah cakap tak nak pakai seksi-seksi lagi tahun 2011 ni. Tu kira last la tu kot?

*Tersenyum sesorang bila dengar Halim Othman cakap mungkin tu kira pakaian seksi penghabisan lah Fasha pakai sebelum tahun baru. Kira lepas tu dia tinggalkan terus kat Bali dan balik Malaysia terus tak pakai seksi-seksi lagi...

p/s: Happy Birthday to Siti Nurhaliza - 11.1.11 - nice date... mesti Dato' K buat surprise yang super spesel punya... hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...