Hello semua. Tup tap tup tap dah 22 hari kita semua berpuasa kan. Cepat betul rasanya Ramadhan kali ni sebab rasa macam baru je start puasa haritu ni dah tinggal seminggu je lagi nak raya. Anyway, pagi ni saya tulis dalam BM je sebab nak cepat... tak tidur lagi since semalam tapi still nak update blog jugak sebab dah lama tak update pape. Sebenarnya ada je idea nak menulis tapi tak berkesempatan so pagi ni walaupun mata dah mengantuk saya gagahkan jugak menaip. Actually bukanlah story yang gempak sangat, just nak share betapa meriahnya sahur saya pagi ni. Ok, first of all nak tanya: "korang makan apa sahur tadi?" Sebab pagi ni kitorang makan...
Pajeri Nanas
Daging Goreng Kunyit
Ikan Pekasam
Telur Dadar + Sambal Belacan + Nasi Putih
Haa meriah tak uols??? List menu yang terakhir tu tak sempat nak snap pic sebab selesai masak pun dah pukul 5:00 pagi. Kang dok sibuk amik gambar bila pulak nak makan. Kang patut jamu selera, terus jamu mata je sebab dah imsak. Lagipun setakat telur dadar, sambal belacan dengan nasi semua orang pun boleh imagine sendiri kan. Hehehe.
Sebenarnya sahur pagi ni bukan meriah sebab makanan je tapi meriah sebab ada tetamu jugak. Kawan kami, Isma dan Hairil yang sebelum ni bertahun dok Melbourne akhirnya dah kembali ke tanahair Khamis lepas, so sementara nak setelkan apa-apa yang patut sebelum balik beraya diorang dok umah kitorang dulu. Sejak jadi suri rumah sepenuh masa sementara ni memang jaranglah dapat bersosial so memang happy sangat bila dapat guests. Selalunya bff saya memang rajin menjenguk datang rumah ni tapi sesekali dapat guests yang dok 4 malam straight, seronok sangat rasanya. Selama ni dok bercerita kat Facebook, ni dah face-to-face senang sket sembang takyah menaip dah. Satu yang saya belajar, bila beramai ni suasana tu bukan je meriah tapi semangat pun bertambah nak masak itu ini. Sebab tulah omputih cakap "the more the merrier" sampai selera makan pun bertambah jadinya. Tapi sebenarnya bila dah hujung-hujung puasa ni lauk-lauk simple lebih menyelerakan. Dapat pulak pekasam tu.. perghhh memang pembangkit selera lah! Terima kasih daun keladi untuk bff saya, Rabby yang bagi ikan pekasam tu dengan ucapan "Beek, tu last stock... tak terasa ke nak tambahkan stock aku lagi?" Kuikuikui.
Okeylah, mata dah ngantuk sangat sampai nak susun ayat pun rasa dah tak mampu. Dah hujung-hujung puasa ni selalunya idea pun dah kureng untuk masak apa untuk sahur or berbuka kan, so harapnya entry saya ni dapatlah jugak membantu mencetus (*ayat skema tak hengat) idea apa yang dimasak. Kalau tanya saya, combination sahur pagi ni memang best sebab ada manis, masin dan pedas. Harapnya tetamu kami yang sekarang dalam perjalanan balik kampung pun happy.
Kepada Isma dan Hairil, welcome home dan selamat beraya sakan dengan ahli keluarga. Maaflah kalau ada yang kurang kat memana tu ye dan terima kasih banyak-banyak atas ingatan uols untuk kami bertiga sebab macam-macam pulak yang dibelikan dari Melbourne. Insyaallah, jumpa masa raya nanti or kalau tak berkesempatan lepas raya pun boleh. Kepada semua pembaca blog saya ni, terima kasih jugak sebab sudi membaca apa yang saya tulis walaupun merepek merapu. Selamat meneruskan puasa dan selamat bershopping raya untuk semua yang beragama Islam. Jumpa di entry lain pulak... tatatititutu.
2 comments:
ada tetamu patut lah meriah..mmg kalo ramai kita semangat lain macam skit..letih pn tak terasa..
Lily - betul tu. Tgn pun rajin je nak memasak, kaki pun rajin nak ke dapur. Mkn pun syok.
Post a Comment