Tuesday, December 14, 2010

:: guru tuisyen buat kelas seks ::

Extracted from HMetro today:

JOHOR BAHRU: Seorang guru tuisyen yang mengajar mata pelajaran Matematik ditahan polis kerana dikatakan turut menyediakan kelas seks serta menayangkan video lucah kepada seorang pelajarnya.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak bertahun lalu dan ia terbongkar apabila pelajar lelaki terbabit yang berusia 17 tahun dari Skudai di sini, menceritakan perkara berkenaan kepada keluarganya, kelmarin.

Berikutan itu, bapa pelajar berkenaan membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Skudai di sini semalam dan bertindak atas laporan itu, polis menahan guru tuisyen lelaki terbabit yang berusia 30 tahun pada jam 11 pagi.

Dalam laporan berkenaan, bapa mangsa mendakwa guru terbabit dikatakan melakukan gangguan seksual dengan menayangkan video lucah serta meliwat mangsa sebanyak dua kali iaitu pada November 2008 dan Mei 2009.

Dia juga didakwa pernah melakukan seks oral dan mengajar teknik beronani kepada remaja terbabit yang kini sudah menamatkan pengajian tingkatan lima.

Timbalan Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, Superintendan Akhir Ishak ketika dihubungi berkata, lelaki terbabit ditahan di rumahnya di Skudai.
“Berdasarkan laporan polis, remaja berkenaan mula menghadiri kelas tuisyen Matematik kelolaan guru terbabit sejak empat tahun lalu, iaitu ketika remaja berkenaan berusia 13 tahun,” katanya.

Menurutnya, guru terbabit direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun dan sebat.

*****
What's going on in our society today? Teachers are mandated to provide knowledge and good examples to the students but what's this? Parents paid him tuition fee for Math class only but he seemed more "kind-hearted" by providing the extra theory and hands-on sex class for that student. 

Macamanalah nak percaya dengan cikgu cikgi zaman sekarang ni? Bila pergi mana-mana sibuk bawak title "cikgu" tu sampaikan masuk MLM pun nak pakai title cikgu jugak. Kalau perangai macamni dari awal takyahla nak jadi pendidik. Jangan jadi cikgu hanya semata sebab dah tak dapat keje lain kat luar sana atau sebab nak secure dengan keje kerajaan atau sebab dapat balik awal dan dapat cuti panjang masa cuti sekolah. Memanglah hanya segelintir saja yang teruk, tapi inilah yang dikatakan 'kerana nila setitik habis susu sebelanga'.
*****

2 comments:

Anonymous said...

Aiyoh. I am disappointed too. Mcm mana nak harap cikgu kalau perangai mcm ni. Sedih :( Kesian tat boy! I guess we have no choice but to keep an eye on our children at all the time especially when they start schooling. Pengaruh rakan sebaya, n pengaruh "cikgu"2 tak bertanggungjawab ni paling bahaya.

phatgurl said...

Sick la orang2 macamni. Zaman dulu cikgu2 mmg ikhlas jadi cikgu utk mendidik, now ramai cikgu muda jadi cikgu for the sake of making money. Responsibility as teacher tu takde dalam diri... not only to educate students according to books but supposedly show good examples through behaviour as well. Ntahlah apa nak jadi dgn zaman skang nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...