Friday, May 6, 2011

:: kiki saya hilang dicuri :-( ::

Berat hati ini untuk menaip tapi saya akan tetap juga lakukan untuk disimpan dalam memori. Sesuatu yang sungguh tak disangka telah berlaku... Isnin, 02.05.2011 kami telah kehilangan kucing kesayangan kami, KiKi...

Weekend lepas kami balik Seremban, so KiKi terpaksa tinggal semalaman di rumah. Kami balik hari Ahad lewat petang terus ambil dia pergi rumah mertua. Kesian KiKi dah tinggal sorang so kami memang dah plan nak bawa dia jalan-jalan macam biasa esoknya sebab public holiday. Pagi Isnin tu KiKi macam biasa bangun sekali dengan saya. Tengahari kami pun bersiap untuk bawa dia ke Mid Valley. Kami pakaikan baju terbaru yang kami belikan untuk dia, dress merah ada belang putih. Ketat sket baju tu tapi saya tetap nak dia pakai jugak sebab saya memang suka bila KiKi pakai baju yang ada skirt sket... nampak very girly. Dalam kereta macam biasa KiKi kami lepaskan. Hari Isnin tu panas, tengahari pulak tu... kesian dia kepanasan. KiKi memang tak minat travel siang. Dia akan restless dan miau miau, kekadang mulut dia terbukak sikit sebab kepanasan. Kalau travel malam, dia antara duduk atas riba saya atau duduk atas tengah dashboard. Tapi sebab dah panas, first time haritu dia dapat port baru duduk atas handbrake. Duduk je baik-baik sampaila kami tiba Mid Valley.


First time KiKi duduk atas handbrake ni...

Macam biasa KiKi memang dibawa dalam carrier bag yang hubby beli untuk kami bawa KiKi jalan-jalan. KiKi pun memang comfortable dok dalam tu. Sekarang sebab dia dah berat, kami akan dapatkan troli dan letak beg tu dalam troli... senang dan selesa untuk KiKi berehat sebab kalau gantung kat bahu beg akan terhoyong-hayang. Hubby banyak jaga KiKi haritu sebab saya sibuk beli baju dan tengok-tengok barang. Kami makan kat Oasis Food Court, macam biasa bagi KiKi makan sikit apa yang kami makan. Ada ayam dan ikan, tapi KiKi tak nak langsung jamah ayam haritu sebab dia tak berkenan kot. Lepas habis jalan-jalan Mid Valley sampai penat kami pun balik, time tu dah senja. Keluar parking, tengok-tengok hujan yang sangat lebat. Kalau sampai rumah pun susah nak keluar kereta dan masuk rumah sebab terlalu lebat, so saya ajak hubby singgah Sunway Pyramid dulu.

On the way tu KiKi memang behave macam selalu sebab dah sejuk. Saya ambil dia duduk atas riba saya. Diam je dia duduk melekat kat saya sambil mata nak terlelap. Bila sampai parking Sunway Pyramid saya minta hubby ambilkan gambar saya dengan dia... tanpa saya ketahui itu adalah gambar terakhir saya dengan KiKi tersayang :-(


3 gambar terakhir saya dengan KiKi tersayang... 
satu lagi tu masa di Mid Valley KiKi tengah selesa dok dalam beg dia

Kami jumpa troli dan tolak dia sambil jalan-jalan. Singgah makan di A&W kejap, masa tu KiKi sampai terlelap tunggu kami habis makan. Mengantuk dan selesa sangatlah dia tu... pantang berhenti lama mesti nak terlelap je. Lepas habis makan kami pun jalan-jalan dan plan untuk singgah ke Daiso. Masa on the way tu kami dapat tukar troli yang elok sikit. Sampai depan Daiso memang nampak ramai orang. Kami tau Daiso tak boleh bawa pet dan kami pernah kena tegur sekali dulu so sejak tu memang kami tinggalkan KiKi kat cashier untuk dijaga. Memang rasa teragak-agak juga... tapi hubby tanya cashier tu, budak perempuan boleh tak dia tolong jagakan sebab kami tak boleh bawa masuk. Depan dia pun ada sorang lagi cashier lelaki yang tau kami tinggalkan KiKi kat situ. Kami memang beritahu ada kucing dalam beg tu. Dia setuju dan kami pun masuk... 

Sebenarnya hati saya ada sikit berdetik rasa tak sedap tapi saya buat tak tahu je. Selalunya saya memang confident tapi haritu memang saya akui ada sikit rasa tu. Macam biasa, kami pergi ke area belakang untuk tengok kalau-kalau ada baju baru untuk KiKi, tapi takde pun. So hubby pun kata dia nak ke depan dan tinggalkan saya di belakang. Beberapa minit lepas tu saya dapat call dari hubby dan saya memang rasa ada something bad happened sebab kalau tak kenapa perlu hubby call sedangkan saya tau dia pergi mana. Waktu tu 9:07 malam jam di telefon saya dan hubby dengan suara cemas cakap "Yang, ada orang amik KiKi". Berderau darah saya! Saya terus lari ke depan dan tanya cashier. Cashier bodoh tu cakap ada orang ambil troli kami bawa pergi. Katanya "saya dah cakap itu orang punya tapi dia kata dia punya lepas tu dia pergi". Bila saya tanya description orang tu, minah and mamat cashier kata "lelaki melayu pakai baju kelabu". Marah memang marah, tapi saya terus tanya ke mana dia lari dan dia tunjukkan. Hubby memang dah lari sebelum tu lagi dan saya pun terus berlari jugak mencari kat serata tempat sambil sebut "KiKi... KiKi....". Tak dapat saya gambarkan perasaan saya masa tu. Tak peduli dengan perut yang besar ni... saya tetap berlari mencari. Saya tahu memang mustahil untuk jumpa dah orang tu sebab Sunway Pyramid tu besar, orang pun ramai.  Usaha tetap usaha sampai ke sudah dan akhirnya kami berhenti...

Bila jumpa hubby balik, saya terus peluk dia dan menangis. Saya hanya mampu cakap "sampai hati orang tu ambil kucing kita Bee... itu kucing kita." Kami berdua memang sedih yang teramat dan kami pergi balik ke Daiso dan marahkan cashier bodoh yang namanya Tiara dan Awai. Tiara tu perempuan melayu yang kami tinggalkan KiKi di depan dia. Diorang kata customer ramai so diorang memang tak boleh buat apa-apa. Memang kami mengamuk kat situ jugak. Si Tiara tu boleh pulak buat muka emo macam dia kena marah tapi bukan salah dia. Lepas tu kami terus pergi buat aduan pada front desk dan mereka bantu dengan beritahu semua guard. Mungkin dah terlalu lambat sebab pastinya pencuri tu dah lama pergi bawa kucing kesayangan kami.

Hibanya hati ni memang tak terkata. Apatah lagi bila masuk rumah tengok semua barang-barang KiKi macam biasa. Makanan kat depan, tempat tidur pink dia atas katil, mainan kat sana-sini....ya Allah hancurnya hati saya memang tak dapat nak terangkan. Lewat malam tu kami pergi Sunway Pyramid semula untuk tengok-tengok mana tahu si pencuri gila tinggalkan dia kat mana-mana. Lepas tu kami jumpa security dan buat report. Esoknya kami datang balik untuk tengok cctv Daiso dan Sunway Pyramid. Manager Daisor kata ambil masa 2 hari. Sunway minta kami buat report polis dulu so kami pun pergi buat, tapi orang yang jaga cctv meeting pula suruh kami datang esok nya lagi pukul 5 petang.

Kelmarin, hari Rabu kami pergi dan berjaya tengok cctv tu. Lemah semangat saya tengok video tu sebenarnya. Rupa-rupanya si pencuri adalah pakcik cina buncit dalam lingkungan 40 - 50 tahun pakai baju kemeja butang satu di atas terbuka, jam emas dan berseluar panjang. Memang dia tolak troli dan sampai satu tempat dia hanya sandang beg. Malangnya kami tak dapat jejak dia sampai ke kereta atau ke mana sebab ada setengah tempat kameranya berpusing, so ada blind spot. Memang tiada harapan langsung... tapi saya tetap ucapkan terima kasih sangat-sangat pada pihak security Sunway Pyramid yang sudi bantu kami. 

Daiso pun bagi rakaman cctv kedai diorang dan sekali lagi saya terpaksa tengok saat-saat KiKi di ambil pergi. Bila dikaji, si pencuri memang dah perhatikan kami masa kami tinggalkan KiKi kat cashier tu. Bila kami masuk kedai, dia pun masuk juga di belakang saya sikit. Mungkin bila dia nampak kami pergi jauh ke belakang tu yang dia datang semula dan tolak troli kami. Cashier lelaki tu memang tak cakap dan buat apa-apa langsung. Sebelum KiKi dibawa pergi, saya perasan customer yang ada di cashier tunjuk jari ke arah dia... mungkin masa tu KiKi dah mengiau. Tak tahulah apa niat sebenar si gila tu. Rasanya dia tahu dalam beg tu ada kucing dan mungkin dia ingat KiKi special breed dan boleh dijual? Kalau dia memang nak bela kucing, banyak lagi kucing kat tepi jalan yang perlukan kasih sayang boleh dia ambil. Kenapa perlu rampas hak orang lain dan kenapa perlu ambil kebahagiaan kami dan kebahagiaan KiKi? Kejam!



Saat KiKi dibawa pergi. 
Tak mampu untuk saya tengok lagi rakaman cctv ni...
 
Sampai ke hari ini kami masih tidak berputus asa mencari. Kami post gambarnya di Internet, hubby tampal poster di sekitar Sunway dan saya juga ada menelefon pet shop sekitar kawasan ini kalau-kalau ada orang jual kucing kepada mereka. Sesungguhnya kami tidak pernah berhenti berharap untuk KiKi pulang semula. Walaupun peluangnya tipis tapi mana tahu, dengan kuasa Tuhan dia dapat melarikan diri dan cari jalan pulang. Hubby banyak membaca tentang perihal kucing dan ada beberapa kes miracle yang kucing mereka pulang ke rumah walaupun sudah berbulan dan ada yang bertahun. Setiap hari saya tertanya di mana KiKi sekarang dan bagaimanalah keadaannya. Harapan saya semoga KiKi masih selamat, sihat dan masih ingatkan kami yang sangat merinduinya. Rumah kami terasa sangat kosong tanpa KiKi. Selama ini KiKi memang peneman setia saya. Bila saya bangun pagi dia pun bangun, bila saya nak tidur memang selalunya dia di sisi, bila ke dapur dia akan duduk dan tengok apa saya buat / masak dan walaupun dia leka duduk di pintu tengok pemandangan luar tapi kalau saya bangun ke dapur walau tanpa bunyi pun...dia akan tiba-tiba bangun dan terus ikut saya... begitulah kuatnya bonding kami dan bayangkanlah macamana perasaan saya sekarang bila semua tu dah takde lagi.......

.........sepi.......

Seperti yang saya selalu cakap padanya, KiKi kucing istimewa. Dia memang pandai. Pandai naik kereta, pandai beritahu bila nak ke toilet, pandai ajak masuk bilik nak tidur dan macam-macam lagi. Sejak saya pregnant memang hubby yang uruskan hal toilet KiKi sampaikan bila hubby balik je kerja dia akan terus mengiau dan tunggu depan pintu toilet. Padahal sebelum tu saya memang duduk je dengan dia tapi dia takde pulak bising nak ke toilet. Lately dia dok syok minum air dari dalam gayung... tak sabar sampai capai-capai tangan mengiau nak minum. KiKi nak minum air fresh je sekarang... kibbles pun dah tak berapa minat nak makan sebab dia tahu Papa kalau bawa balik tapau makanan, mesti ada something untuk dia. Terlalu banyak memori indah kami bersama KiKi dan terlalu panjang untuk disenaraikan.


Orang kata tentu ada hikmah disebalik kejadian. Ya, saya tidak nafikan itu tapi siapa yang boleh menolak kesedihan dan kekosongan di hati? KiKi datang dalam hidup kami hanya untuk 8 bulan, terlalu singkat rasanya untuk dia pergi. Kami masih mampu untuk beri dia kasih sayang yang secukupnya. Tak pernah sekali pun kami rasa terbeban. Yang pasti KiKi banyak membawa perubahan dalam kehidupan kami dan paling significant, hubby yang dulunya tidak berapa minat dengan kucing pun dah jadi pencinta kucing. Tersentuh hati saya bila tengok hubby jaga KiKi. Kalau boleh, kemana pergi pun nak bawa KiKi bersama dan siapa sangka dia akan dibawa lari dalam sekelip mata. Hilang barang boleh diganti, hilang nyawa memang tiada gantinya. Walaupun KiKi hanya kucing biasa tapi saat-saat dan bonding dia dengan kami adalah segalanya.


Semoga KiKi masih selamat berada di luar sana... dan untuk anda yang membaca, harap dapat doakan kesihatan beliau dan semoga dia dapat kembali ke pangkuan kami semula. Kalau-kalau ada yang terjumpa atau ternampak dia di mana-mana, ambillah jaga dia dahulu dan harap dapat beritahu kami ye. Nanti kami datang jemput dia.



KiKi, mama dengan papa sentiasa ingatkan KiKi... kalau boleh balik KiKi balik rumah ye. Rumah KiKi kat sini tau... kami sayang KiKi sangat-sangat! 
:-( :-( :-(


p/s: Terima kasih kepada keluarga & sahabat yang banyak memberi kata-kata semangat. Terima kasih yang tak terhingga untuk suami saya yang sentiasa berada di sisi, memberi semangat dan kekuatan kepada saya..... I love you so much!

12 comments:

ShahidaAzlini said...

sbr ye dear...mmg jahat org yg curi kiki tu...hope kiki akan balik 1 day nnt...insyaAllah

phatgurl said...

Thanks Shida... kata2 semangatlah yg buat saya rasa kuat dan bertahan. Insyaallah harapnya panjanglah jodoh kami.

Unknown said...

Anyway, I'm sorry to hear that. Didn't know pets are allowed in shopping mall... Will bring my dog the next time.

I hope Kiki finds a good home with whoever that took her. Be strong ya...

phatgurl said...

Thanks Jamie. Anyway, as long as your dog is kept inside a carrier bag it's fine although most shops won't allow pets. That's why we left our KiKi at the cashier... usually they will take care of her but not that day.

hazera said...

be strong beb! we'll be with you along the way ;) take care

phatgurl said...

thanks... but both of us are still in deep pain.

aya said...

sabar yer yatoq..aku pun bergenang gak air mata baca citer kiki dah hilang..InsyaAllah ada hikmahnyer..

anizarina said...

sabar lah kak yer..tentu akak sedih. Rina doakan semoga Kiki jumpa jalan pulang. Rina rasa org yang curi tuh pk ni kucing mahal sbb pakai baju cantik2 kot..sbb tuh dia curi. kene pulak kiki nmpak comel...rina dok area2 sunway. klo rina jumpa kiki, rina akan bagitahu akak. mungkin bajunya dh dibuka.

phatgurl said...

Aya: aku ni x kering air mata ni... Hikmah tu insyaallah tapi sekarang ni dok sakit menanggung sedih. Risau aku ttg keadaan dia. Kat manla dia skarang, sihat ke, etc. Thanks aya sbb memahami...

Rina: itulah mungkin dia ingat mcmtu. Harap die tinggalkan kat memana kat area sunway tu, dekat sket nak balik rumah kitorg kat usj ni. Kalau Rina jumpa terus amik dia keyh...bitau akak dan kitorang dtg amik. Thanx so much...

ketawariang said...

ya allah.... baru baca post akak ni...sedihnya kak...kenapa ada org nak buat mcm tu.... emnangis sy baca ni.... akak doakanlah kiki selamat....
akak kuat ya...mungkin ni dugaan buat akak....

kepada kiki : baliklah.... gigit org yang curi kamu tu.... kesian mama kamu tu risau...balik ya..

phatgurl said...

memang sedih sangat sampai harini dok terkenang kat dia. apelah nasib dia agaknya. puas dah kami cari merata tempat tapi camana nak jumpa. hari-hari juga berdoa semoga tuhan beri petunjuk, mana tahu ada rezeki dapat jumpa kucing kesayangan balik. terima kasih ye sebab bagi kata-kata semangat...

ketawariang said...

xpe kak... org tu pasti menyesal sbb die ingt kiki tu breed baik....
tp die xtau betapa pentingnya kiki pd akak.... mmg xguna org yang buat mcm tu.!!

sama-sama kak...saya dah melaluinya 2kali....
menangis seminggu....xboleh nak lupakan langsung...tp slow2 saya terima hakikat... mmg kucing tu xkn balik lg...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...