Hello semua, amacam puasa harini? Semalam hujan petang, harini pun hujan petang... alhamdulillah kurang sikitlah dugaan. Sebenarnya nak update semalam tapi tak berkesempatan so sementara menunggu orang online groceries hantar order untuk lauk berbuka harini, sempatlah kot saya nak update sikit. Harini kita tulis dalam BM jerlah ye, biar sesuai dengan tajuk entry. Biasalah bulan Ramadhan ni topik utama yang famous tak lain tak bukan mestilah pasal makanan. Kita biasa dengar pesanan "jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya sebab kita tak tahu ini mungkin Ramadhan terakhir kita" so sejak tahun-tahun kebelakangan ni saya cuba juga untuk ikut pesanan tu. Walaupun perubahan tu tak seberapa tapi alhamdulillah ada la jugak sikit dari tahun sebelumnya. Bagi saya, tak semestinya kita jadikan Ramadhan itu lebih baik dari segi amalan ke akhirat sahaja tapi benda-benda lain juga dan contohnya macam saya yang biasanya malas ke dapur ni, masa ni lah nak rajinkan diri sikit. Memandangkan tahun ni saya tak kerja sepanjang Ramadhan, maka saya pun bertekad untuk memasak lebih rajin dari sebelum ni. Kalau dulu asyik nak singgah PaRam je, tapi sekarang nak keluar pun susah so duduk rumah buatlah apa-apa yang patut kat dapur.
Dah dekat 3 tahun beli bekas acuan (masa first time beraya as wifey dan first time balik kampung husband kat Kedah), Selasa lepas akhirnya saya berjaya juga buat Kuih Cara Manis yang dah lama saya plan nak buat (dekat 3 tahun jugak lah). Mungkin korang akan cakap, "teruknya" or "alaa buat kuih senang pun nak kecoh" tapi untuk saya dah kira satu kejayaan tu sebab seumur hidup ni saya memang tak pernah buat kuih melayu. Kalau kek or kuih raya tu adalah jugak 'once in a blue moon' tapi kuih melayu cenggitu memang first time so terasa bangga sikitlah dengan diri sendiri...hehehe. Sebenarnya boleh je buat dari dulu lagi tapi asyik bagi alasan benda ni tak cukup, benda tu tak cukup tapi kali ni tak cukup pun saya buat jugak! First, saya takde pewarna hijau pastu daun pandan pun takde jugak tapi kebetulan depan rumah jiran ada daun pandan, so saya ambiklah 4 helai buat syarat.
Ok, papepun kat sini saya nak share resepi Kuih Cara Manis yang tak berwarna hijau. Alah, pewarna tu kosmetik je... tak kisahla tak cantik pun asalkan sedap, kan?
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1/2 cawan santan
- 1 cubit garam
- Air daun pandan (blend / tumbuk daun dan ambil airnya)
- Gula
- Air
- Minyak masak
- Pewarna (jika ada)
- Bekas acuan
Cara-cara:
1. Campur tepung, telur, santan, air daun pandan, garam, beberapa titis pewarna jika ada dan pukul hingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu pekat (nanti kuih keras) dan tidak terlalu cair. Kalau pekat, tambah air kalau cair sangat tambah tepung. Tapi ikut sukatan yang saya buat tu, memang just nice je. Panaskan bekas acuan di atas dapur dengan api kecil dan sapu dengan minyak untuk elakkan kuih melekat.
2. Tuang acuan separuh dan tabur gula di tengah-tengahnya menggunakan sudu kecil.
3. Kemudian, tuang acuan sehingga bekas penuh untuk tutup gula.
4. Tutup bekas dengan tudung periuk dan biarkan seketika sehingga masak. Check dengan garpu, kalau dah tak melekat dan kekuningan, boleh diangkat.
5. Siap!
So camana...senang tak? Kalau ikut sukatan yang saya buat tu, boleh dapat 30 biji kuih. Bayangkan kita dok beli kat kedai tu... bape biji dah bape ringgit, ni buat sendiri terus dapat 30 terus. Boleh makan sampai muak keyh...hehe.
Woraitslah, nampaknya sampai sini je. Entry ni memang purposely untuk share kejayaan saya masak Kuih Cara Manis, tapi nanti saya share projek yang lagi satu kat entry lain pulak ye. Groceries yang saya order pun dah sampai so nak start masak untuk berbuka pulak. Sehingga bertemu kembali (eceyh) dan selamat berbuka puasa uols. Bye!
*keywords: resepi kuih cara manis, cara membuat kuih cara